Berjaya dapat traffic blog 1000 pageview sehari dengan 5 tips berikut | Assalamualaikum dan hi readersss~ income Blogger ini ada hari dia mencanak naik, ada hari dia sendu memang sendu giiler. Sama jugak macam pageview. Pageview dalam blog kita sangat penting untuk menentukan berapa banyak income blogger tu boleh dapat..
Macam pageview dalam blog ni, ada masa dia boleh dapat 1000 ++ pageview sehari. Tapi biasanya average sehari pageview dalam 800 sahaja macam tu.
So, sampai sekarang sekarang saya masih struggle untuk bagi consistent pageview sehari 1k macam tu. Sama jugak macam dengan korang.
So, dekat sini saya nak share beberapa tips yang saya buat untuk usaha naikkan pageview samapi boleh dapat 1000 pageview sehari.
Tips traffic blog 1000 pageview sehari
1. Buat content yang evergreen dan viral dalam satu-satu masa
Evergreen ni macam mane?? Dulu saya pon tak tahu content evergreen ni macam mana. Tapi lepas dah tanya pakcik Google baru saya faham.
Evergreen content tu ialah content yang sentiasa fresh, sentiasa dicari pengguna walaupon dalam jangka masa yang panjang.
Contoh dia macam topik kesihatan, topik tentang pokok ke. Benda ni tak lekok, sentiasa je orang cari.
Yang bukan evergreen tu macam mana?? Contoh bukan evegreen macam berita-berita semasa, benda-benda yang viral sekejap lepas tu orang dah lupakan.
Macam mana pulak dapat content yang sedang viral dan evergreen??
Kalau macam ni, biasa saya akan cari tengok-tengok dalam Facebook. Sebab rajin membaca dekat facebook kan.
Contoh macam posting ni 👉🏻 Telur padi tu apa, Berasal dari mana. Masa ni saya scroll-scroll then terjumpa la kisah tentang telur padi ni. Ramai sangat yang share dan dan komen.
So, disebabkan tak tahu pon tentang kewujudan telur padi tu, saya pon Google la dan kongsikan dalam artikel macam dekat atas tu.
Apa kesan dia?? post tu boleh dapat 10-20 view sehari. sebab benda tu sentiasa orang share dan viralkan dalam FB sekaligus pengguna akan turut tanya pada pakcik Google.
2. jaga seo (search engine optimization)
Kalau yang dah biasa dengan blogging mungkin dah biasa dengan SEO2 ni. Tapi macam saya baru-baru nak naik blog ni, tak faham langsung mende binatang SEO ni kan?
Saya explain sikit la, kalau korang nak faham lebih mendalam, ada banyak blog yang fokus tentang SEO je. Sebab SEO ni sangat-sangat penting untuk naikkan view blog.
Saya share sedikit 5 point utama untuk SEO ni :
- Untuk SEO yang baik, panjang text korang mestilah melebihi 300 patah perkataan. Kalau dapat lebih sampai 1000 tu, tu lagi baikkan, yang penting jangan sampai merapu-rapu sangat.
- Internal link. Internal ni korang taruk dalam artikel korang link daripada artikel korang yang lain. Lagi baik masukkan link dengan artikel yang ada kaitan dengan apa yang korang tengah tulis tu. Contohnya macam ni : Baca juga : Pertama kali berjaya keluar duit daripada Google Adsense!
- External link. Link ni korang boleh taruk sebagai reference artikel. Contoh korang boleh dekat bawah sekali artikel ni.
- Gambar. Gambar memang wajip kene taruk ye. Atleast satu. Biasanya kalau gambar ni, korang kene la taruk sumber dia kalau ambil daripada sumber yang lain. Macam Google ke, Pinteres ke.
- Focus keyprhase. Macam mane nak cari keyword ni? Nanti korang baca point nombor 3. Berapa banyak keyword perlu ada dalam satu artikel? Itu depends pada bilangan patah perkataan artikel. Biasa standard 300 patah perkataan hanya memerlukan 2 kali ulangan keyword. Kalau 600 atau lebih perlu keyword diulang sehingga 3 atau 4 kali.
3. Cari keyword paling top dan teratas
Keyword yang paling top dalam carian Google adalah sangat penting kalau korang nak artikel jadi top 10 artikel yang teratas.
Kalau cara saya nak cari keyword mudah je. Dia ada cara taw.
- Google search. Cara dia mudah je, korang taip dalam colume Google tu, lepastu Google akan bagi suggestion keywords mana yang paling banyak pengguna lain uat carian. Keyword yang itulah korang boleh guna untuk diselitkan dalam artikel.
- Google trend. Google trend ni tempat yang Google sediakan untuk korang search benda yang sedang trending pad satu-satu masa. Korang boleh masuk dalam ni 👉🏻👉🏻 https://trends.google.com/trends. Hanya perlu taip keyword apa yang korang sedang buat, lepastu tekan seacrh. Nanti dia akan keluar yang paling trending ketika itu.
4. backlink
Backlink ialah link daripada website atau platform lain yang ada letak link daripada blog korang.
Backlink yang baik dan sihat biasanya akan sangat membantu menaikkan rating korang dalam Google trending. Contoh backlink yang korang boleh buat ialah dekat social-social media ke, letak je link homepage dalam profile korang.
Selain tu, korang boleh jugak tinggalkan komen dalam mana-mana artikel yang berkaitan dengan artikel korang sambil tu masukkan link untuk promote artikel korang.
Satu mistake yang saya pernah buat berkaitan dengan backlink ni sampai effect pada Google adsense. Masa tu saya letak link pada komen dilaman facebook dengan sangat banyak. Mungkin Google angap tu adalah backlink dan spam, sampai Google adsense bagi warning la. So korang jangan la buat kesilapan yang sama
5. share! share! share! dan share!!
Sharing dekat lama2 social setiap artikel korang tu dikira backlink jugaklah. Biasanya facebook la paling banyak pengguna kalau korang nak share artikel ni.
Tak susah pon, tekan copylink terus paste dalalm facebook then tinggal je dalam tu selama-lamanya.
Sharing artikel korang dalam social media ni dapat bantu artikel korang jadi trend taw.
Selain facebook, pinterest pon boleh dapat banyak traffic ke arah blog korang.
kesimpulan
So secara kesimpulannya, bagi saya ada 5 point penting untuk korang naikkan pageview 1000 sehari iaitu :
- Buat content yang evergreen dan viral dalam satu-satu masa
- jaga seo (search engine optimization)
- Cari keyword paling top dan teratas
- backlink
- share! share! share! dan share!!
korang boleh usahakan buat 5 point untuk cepat dapat view.
Baca juga : Pendapatan Google Adsense selepas 6 bulan blogger pemula
Berjaya dapat traffic blog 1000 pageview sehari.
updated.
Terima kasih atas perkongsian! Tahniah!